rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, November 16, 2011

Panggilan Haji 2011- Part 1

Salam...Alhamdulillah baru hari ini baru ada kesempatan untuk update blog..seperti yg diketahui aku diberikan peluang oleh Allah utk mengerjakan haji buat pertama kali pada tahun ini..Universiti Imam Muhammad Saud telah membuka pendaftaran haji utk pelajar baru sahaja 3 minggu sebelum haji. Dengan kata lain semua pelajar baru Jamiah Imam akan menunaikan haji secara free. bersyukur sgt pada Allah, kerana haji pertamaku ditaja sepenuhnya...aku akan ceritakan pengalaman buat haji buat pertama kali pada pembaca...jgn risau..
sarapan pagi sebelum bertolak ke mekah


Jamiah Imam juga ada membuat kursus haji secara percuma selama 3 hari. pada sayalah keseluruhan penyampaian faham  tapi x sepenuhnya. Tapi kita sebagai org belajar jgn malu jgn segan..kalau x faham bertanya..jadi apa yg x faham berkenaan haji.aku ajukan pertanyaan pada mereka yg arif.. akhirnya pada 4 november 2011..kitorang bertolak ke Makkah dari Riyadh dengan bas. Waktu tu hati aku bercampur baur, gelisah, gembira dan bermacam-mcam lg. ketika itu ada 4 org Musyrif rakyat Saudi yg ikut skali sebagai guardline buat 100 lebih jemaah haji yg pertama kali mcm aku ni. semua yg pergi haji dibahagikan kepada 3 bas..aku naik bas no 2 dgn org Malaysia, dikatakan kitaorg akan menempuh perjalanan sejauh 800 kilometer lebih. dalam kepala mengatakan mungkin perjalanan mengambil masa selama 20 jam...suasana dalam bas mcm2 gaya dan gelagat..ada yg tidur..ada yg berborak..ada yg makan..aku palk mcm biasa...berborak dengan member aku saniy org malaysia..dengan mcm2 isu..sesekali menoleh keluar memerhati pemandangan negara Arab Saudi yg  penuh dgn padang pasir kering dan x byk ada pokok besar..dalam hati berkata: aku lebih sesuai hidup di Malaysia..bila dah letih borak,, saniy pun dah membuta..aku plak mmg x leh tidur x tahu sbb apa. apa yg mmpu aku buat..memerhati apa yg ada sepanjang perjalanan kami.. masa tu la jiwa aku rasa hiba dan sedih.. kerana aku dipilih datang ke tanah Haram pada usia yg mgkin x masuk akal..mgkin org yg seusia aku pada ketika  ini sibuk mencari kerja, sibuk dgn belajar sibuk dgn meniaga dan memulakan simpanan utk nk buat haji pada masa akan dtg. tapi aku dpt buat haji secara free..blaja free..tiket dtg sini pun free..Ya Allah aku rasa bertuah dengan ketentuanMu.

kitaorg sampai kat Qarn almanazil( tempat mabit bg ahli Najd) selepas mnempuh perjalanan hampir 18 jam.. kami diberi masa selama 3 jam utk mandi dan pakai ihram..Allah sajalah yg tahu perasaan aku tatkala melihat berduyun-duyun manusia yg mabit kat situ..bilik mandi disediakan tetapi penuh dgn org...buat pertama kali aku memakai ihram...semangat nk tunaikan haji makin berkobar-kobar.. mengikut pelajaran..bila dah pakai ihram start dr situ kena niat pastu talbiahsehingga kt melihat kaabah.. 

buat pertama kali pakai ihram


Bila bertalbiah ramai2 terasa mcm x lama dah nak sampai ke Masjidil Haram..kalau tgk dlm peta Qarn al- Manazil ngn makkah x jauh dah, lbh kurang 75 kilo. bertalbiah la..masa tu jam pkl 2 pagi...tiba-tiba dalam x sedar aku tertidor..mgkin letih sgt ditambah perjalanan jauh..sedar2 dh kul 5 pagi masa tu jalan jem yg teruk..Musyrif suruh kami solat subuh dalam bas sebab keadaan x mengizinkan utk kita behenti..dalam hati: Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami... Masa tu dah x dgr dh talbiah..dalam sangkaan ku mgkin masing2 baca slow kerana dah xde semangat nk baca kuat...termasuk aku..moral makin jatuh..sbb kalau ikutkan dari tmpt kitaorg mabit ke makah hanya mengambil masa 45 minit je..sesekali bas gerak tapi behenti lama...lps solat aku tido..mmg letih..moral makin down..sedar je balik tgk dah cerah, tp x smpi lagi...drebar bas aku ckp baki perjalanan 40 kilo je lagi..jalanraya menghala ke mekah ketika tu penuh sesak..bas kitaorg  rasa  mcm x bergerak pun..kami waktu tu kehabisan air...masing pelajar ada yg turun dr bas p cari air..mana tahu kot2 ada yg jual air tgh2 jem ni...rezeki dr Allah sentiasa ada..ada org arab ambil peluang ketika itu menjual air..berebut-berut org nk beli air termasuk aku..haus betul..byk dugaan yg dilalui..mmg pada ketika kena byk bersabar. mgkin bg mereka yg dah biasa buat haji dan lali dgn keadaan begini..tp bg kami yg baru cukup memeritkan..



SAMBUNG PADA PART 2..INSYALLAH

Monday, November 14, 2011

Salam sejahtera kepada pembaca..maaf lama x update sebab sibuk ngn urusan haji..InsyAllah saya akan update cerita terbaru dan pengalaman saya menunaikan haji kali pertama...tunggu ye

Wednesday, October 19, 2011

Marilah kita mencari pengalaman

Salam sejahtera buat pembaca...kali ni aku berbicara berkenaan tentang apa itu "pengalaman" atau dalam english dipanggil "experience", dalam bhs arab pula dipanggil "khibrah". kenapa aku katakan pengalaman itu penting, cuba kamu semua lihat pada tukang masak..adakah dengan dia byk membaca resepi dan kaedah masak dia blh jadi tukang masak yg berpengalaman, adakah seorang pemian bola sepak profesional mahir bermain bola hanya dengan membaca dan menonton tv....tentu sekali jawapan pembaca adalah TIDAK, X MUNGKIN, MUSTAHIL dan sewaktu dengannya. 

Kerana tukang masak dan pemain bola sepak menjadi hebat dalam bidang mereka adalah kerana mereka smempunyai byk pengalaman...utk menjadi tukang masak yg hebat perlu kerap mencuba pelbagai kaedah masakan..dan dr pengalaman mencuba maka dia akan menemukan kaedah yg mana yg terbaik..begitu juga pemain bola sepak..mereka perlu kerap bermain bola,,maka dengan kekerapan itu mereka mahir dalam bermain bola sepak..inilah hasilnya jika kita mencari pengalaman...pengalaman adalah sesuatu yg berharga..kadang2 terpaksa mengorbankan masa dan wang haya kerana semata-mata nakkan pengalaman..

Aku masih lagi teringat masa buat latihan industri kat Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu. Ingat dpt la mengajar tingkatan 1 dan 2, tapi angan2 bertukar malang...tiba2 dpt arahan kena mengajar tingkatan 6 bawah..budak STAM..padan muka kat aku..tu la kat UKM blaja main2..masa tu fikir apa yg aku nk "cong"  kat budak2 ni jap lg..masa kat kelas aku x mengajar pun..masa tu aku kena ajar subjek Fiqh..kitab Arab plak tu..aku Arab pun "kongkang". Sundently...dpt idea..aku tukar topik dengan bercerita tentang pengalaman aku masa kat ukm...hehehe..aku cerita la aku join PALAPES (bangga palapes batch 30 kalau ada yg baca artikel ni). Akhirnya budak2 syok dengar aku bercerita pasal pengalaman aku..nasib baik...ada la juga benda yg aku nk cerita yg boleh bg manfaat kat depa ni..supaya nnt kalau diaorg masuk U nnt..diaorg leh fikir nk masuk persatuan ape..jgn asyik duk berfoya-foya je kat U seperti  mana yg berlaku kat U skrg ni..

aku sedang masukan peluru motar sambil dibantu oleh presiden PMUKM masa latihan fasa pertahanan

kata orang banyak berjalan banyak faedahnye..Imam Syafie pun ada berpesan..bermusafir la kamu kerana dengan musafir kamu akan dapat byk manfaat, antaranya ilmu dan pengalaman...aku berharap kepada pembaca sekalian..korang semua pasang la target dan cita2 untuk merantau di negara org...sbb byk perkara kita dapat bila duk negara org..sedikit sebanyak kita tahu mcm aman adat diaorg..kita tgk mat salleh..diaorg ni slalu je melancong ke negara org..sbb apa? sebab mereka nk tahu cara hidup org di berbagai negara.. kalau ada duit simpanlah sikit buat niat nk buat berjalan. 

Pengalaman duk negara orang. dapat berkawan ngn pelajar dari berbagai negara


Kesimpulannya..cari la ilmu sebanyak mungkin..di situ kamu semua pasti memperolehi pengalaman yg berguna. Gunalah masa muda kamu dengan perkara yg berfaedah. ada sorang ustaz yg ngajar aku subjek Nahu..nama dia Ustaz Syuib..dia pesan "korang ni semua masih muda..korang ni berada di kemuncak kehidupan seorang manusia..jadi gunalah masa yg diberi ni dengan mencari ilmu". Aku akan ingat kata2 ni sampi bila2.


Monday, October 17, 2011

suasana belajar adalah penting dalam memahami sesuatu pengajaran yang disampaikan...

Alhamdulillah...dah masuk hampir sebulan belajar kat Riyadh..skrg ni barulah aku rasa bahawa betapa pentingnya suasana belajar yang boleh dikatakan terbaik bagiku. Semua member sekelas dtg dari pelbagai benua..ada dari bangladesh, india, thailand, sirre lione(mcm ni kot ejanya) russia dan MALAYSIA. Belajar di Maahad Lughah ni seolah-olah belajar di sekolah menengah bg org arab, tapi bg aku level belajar kat Maahad  Lughah jauh lebih baik semasa aku belajar kat UKM sebelum. kenapa? betul ke? Tak percayalah?. 
bergambar dihadapan pintu utama Jamiah Imam

     Percaya atau x itu terpulang pada pembaca. Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat anggap satu kerugian buatku sbb mgkin ada yg kata begini 

"dah habis Degree pastu nk blaja balik Maahad, mcm patah balik..kalau ambik master lainla". 

 Erm..bg aku pendirian seseorang tu masing2..sebelum aku mai sini aku dah fikir masak2, berdoa mintak petunjuk dan sebagainya. jadi keputusan aku betul. lagipun ada beberapa pensyarah Jabatan Quran Sunnah setuju dengan aku supaya belajar kat sini. sehinggakan aku merasa macam nk ambik ijazah sekali lagi walaupun aku terpaksa korban masa hampir 6 thn setengah.

Apa-apa pun aku habiskan dulu balaja di Maahad. Selepas tu aku akan fikirkan semula samada nk teruskan atau x. 



Saturday, October 15, 2011

hari pertamaku dengan dunia blog

Salam kepada pembaca semua...
ermm...akhirnya aku tejerumus juga dalam dunia blog, walaupun sebelum ni boleh dikatakan tak mungkin aku berblog seperti org yg berblog. Apapun mungkin disini tempat yg sesuai untuk aku meluahkan isi hati, menceritakan pelbagai kisah suka dan duka serta pengalaman aku baik semasa aku di Malaysia ataupun di bumi Riyadh. ketika hari pertama aku menulis blog ini. aku sudah berada di bumi Riyadh hampir 3 minggu. Macam-macam perkara dh aku lalui di sini. suka,duka hampeh pun ada. Isyallah aku akan cuba mengupdate blog aku paling kurang 2 hari. ok juga lagi...musafir di bumi Riyadh