twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, October 19, 2011

Marilah kita mencari pengalaman

Salam sejahtera buat pembaca...kali ni aku berbicara berkenaan tentang apa itu "pengalaman" atau dalam english dipanggil "experience", dalam bhs arab pula dipanggil "khibrah". kenapa aku katakan pengalaman itu penting, cuba kamu semua lihat pada tukang masak..adakah dengan dia byk membaca resepi dan kaedah masak dia blh jadi tukang masak yg berpengalaman, adakah seorang pemian bola sepak profesional mahir bermain bola hanya dengan membaca dan menonton tv....tentu sekali jawapan pembaca adalah TIDAK, X MUNGKIN, MUSTAHIL dan sewaktu dengannya. 

Kerana tukang masak dan pemain bola sepak menjadi hebat dalam bidang mereka adalah kerana mereka smempunyai byk pengalaman...utk menjadi tukang masak yg hebat perlu kerap mencuba pelbagai kaedah masakan..dan dr pengalaman mencuba maka dia akan menemukan kaedah yg mana yg terbaik..begitu juga pemain bola sepak..mereka perlu kerap bermain bola,,maka dengan kekerapan itu mereka mahir dalam bermain bola sepak..inilah hasilnya jika kita mencari pengalaman...pengalaman adalah sesuatu yg berharga..kadang2 terpaksa mengorbankan masa dan wang haya kerana semata-mata nakkan pengalaman..

Aku masih lagi teringat masa buat latihan industri kat Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu. Ingat dpt la mengajar tingkatan 1 dan 2, tapi angan2 bertukar malang...tiba2 dpt arahan kena mengajar tingkatan 6 bawah..budak STAM..padan muka kat aku..tu la kat UKM blaja main2..masa tu fikir apa yg aku nk "cong"  kat budak2 ni jap lg..masa kat kelas aku x mengajar pun..masa tu aku kena ajar subjek Fiqh..kitab Arab plak tu..aku Arab pun "kongkang". Sundently...dpt idea..aku tukar topik dengan bercerita tentang pengalaman aku masa kat ukm...hehehe..aku cerita la aku join PALAPES (bangga palapes batch 30 kalau ada yg baca artikel ni). Akhirnya budak2 syok dengar aku bercerita pasal pengalaman aku..nasib baik...ada la juga benda yg aku nk cerita yg boleh bg manfaat kat depa ni..supaya nnt kalau diaorg masuk U nnt..diaorg leh fikir nk masuk persatuan ape..jgn asyik duk berfoya-foya je kat U seperti  mana yg berlaku kat U skrg ni..

aku sedang masukan peluru motar sambil dibantu oleh presiden PMUKM masa latihan fasa pertahanan

kata orang banyak berjalan banyak faedahnye..Imam Syafie pun ada berpesan..bermusafir la kamu kerana dengan musafir kamu akan dapat byk manfaat, antaranya ilmu dan pengalaman...aku berharap kepada pembaca sekalian..korang semua pasang la target dan cita2 untuk merantau di negara org...sbb byk perkara kita dapat bila duk negara org..sedikit sebanyak kita tahu mcm aman adat diaorg..kita tgk mat salleh..diaorg ni slalu je melancong ke negara org..sbb apa? sebab mereka nk tahu cara hidup org di berbagai negara.. kalau ada duit simpanlah sikit buat niat nk buat berjalan. 

Pengalaman duk negara orang. dapat berkawan ngn pelajar dari berbagai negara


Kesimpulannya..cari la ilmu sebanyak mungkin..di situ kamu semua pasti memperolehi pengalaman yg berguna. Gunalah masa muda kamu dengan perkara yg berfaedah. ada sorang ustaz yg ngajar aku subjek Nahu..nama dia Ustaz Syuib..dia pesan "korang ni semua masih muda..korang ni berada di kemuncak kehidupan seorang manusia..jadi gunalah masa yg diberi ni dengan mencari ilmu". Aku akan ingat kata2 ni sampi bila2.


Monday, October 17, 2011

suasana belajar adalah penting dalam memahami sesuatu pengajaran yang disampaikan...

Alhamdulillah...dah masuk hampir sebulan belajar kat Riyadh..skrg ni barulah aku rasa bahawa betapa pentingnya suasana belajar yang boleh dikatakan terbaik bagiku. Semua member sekelas dtg dari pelbagai benua..ada dari bangladesh, india, thailand, sirre lione(mcm ni kot ejanya) russia dan MALAYSIA. Belajar di Maahad Lughah ni seolah-olah belajar di sekolah menengah bg org arab, tapi bg aku level belajar kat Maahad  Lughah jauh lebih baik semasa aku belajar kat UKM sebelum. kenapa? betul ke? Tak percayalah?. 
bergambar dihadapan pintu utama Jamiah Imam

     Percaya atau x itu terpulang pada pembaca. Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat anggap satu kerugian buatku sbb mgkin ada yg kata begini 

"dah habis Degree pastu nk blaja balik Maahad, mcm patah balik..kalau ambik master lainla". 

 Erm..bg aku pendirian seseorang tu masing2..sebelum aku mai sini aku dah fikir masak2, berdoa mintak petunjuk dan sebagainya. jadi keputusan aku betul. lagipun ada beberapa pensyarah Jabatan Quran Sunnah setuju dengan aku supaya belajar kat sini. sehinggakan aku merasa macam nk ambik ijazah sekali lagi walaupun aku terpaksa korban masa hampir 6 thn setengah.

Apa-apa pun aku habiskan dulu balaja di Maahad. Selepas tu aku akan fikirkan semula samada nk teruskan atau x. 



Saturday, October 15, 2011

hari pertamaku dengan dunia blog

Salam kepada pembaca semua...
ermm...akhirnya aku tejerumus juga dalam dunia blog, walaupun sebelum ni boleh dikatakan tak mungkin aku berblog seperti org yg berblog. Apapun mungkin disini tempat yg sesuai untuk aku meluahkan isi hati, menceritakan pelbagai kisah suka dan duka serta pengalaman aku baik semasa aku di Malaysia ataupun di bumi Riyadh. ketika hari pertama aku menulis blog ini. aku sudah berada di bumi Riyadh hampir 3 minggu. Macam-macam perkara dh aku lalui di sini. suka,duka hampeh pun ada. Isyallah aku akan cuba mengupdate blog aku paling kurang 2 hari. ok juga lagi...musafir di bumi Riyadh