Salam sejahtera buat pembaca...kali ni aku berbicara berkenaan tentang apa itu "pengalaman" atau dalam english dipanggil "experience", dalam bhs arab pula dipanggil "khibrah". kenapa aku katakan pengalaman itu penting, cuba kamu semua lihat pada tukang masak..adakah dengan dia byk membaca resepi dan kaedah masak dia blh jadi tukang masak yg berpengalaman, adakah seorang pemian bola sepak profesional mahir bermain bola hanya dengan membaca dan menonton tv....tentu sekali jawapan pembaca adalah TIDAK, X MUNGKIN, MUSTAHIL dan sewaktu dengannya.
Kerana tukang masak dan pemain bola sepak menjadi hebat dalam bidang mereka adalah kerana mereka smempunyai byk pengalaman...utk menjadi tukang masak yg hebat perlu kerap mencuba pelbagai kaedah masakan..dan dr pengalaman mencuba maka dia akan menemukan kaedah yg mana yg terbaik..begitu juga pemain bola sepak..mereka perlu kerap bermain bola,,maka dengan kekerapan itu mereka mahir dalam bermain bola sepak..inilah hasilnya jika kita mencari pengalaman...pengalaman adalah sesuatu yg berharga..kadang2 terpaksa mengorbankan masa dan wang haya kerana semata-mata nakkan pengalaman..
Aku masih lagi teringat masa buat latihan industri kat Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu. Ingat dpt la mengajar tingkatan 1 dan 2, tapi angan2 bertukar malang...tiba2 dpt arahan kena mengajar tingkatan 6 bawah..budak STAM..padan muka kat aku..tu la kat UKM blaja main2..masa tu fikir apa yg aku nk "cong" kat budak2 ni jap lg..masa kat kelas aku x mengajar pun..masa tu aku kena ajar subjek Fiqh..kitab Arab plak tu..aku Arab pun "kongkang". Sundently...dpt idea..aku tukar topik dengan bercerita tentang pengalaman aku masa kat ukm...hehehe..aku cerita la aku join PALAPES (bangga palapes batch 30 kalau ada yg baca artikel ni). Akhirnya budak2 syok dengar aku bercerita pasal pengalaman aku..nasib baik...ada la juga benda yg aku nk cerita yg boleh bg manfaat kat depa ni..supaya nnt kalau diaorg masuk U nnt..diaorg leh fikir nk masuk persatuan ape..jgn asyik duk berfoya-foya je kat U seperti mana yg berlaku kat U skrg ni..
| aku sedang masukan peluru motar sambil dibantu oleh presiden PMUKM masa latihan fasa pertahanan |
kata orang banyak berjalan banyak faedahnye..Imam Syafie pun ada berpesan..bermusafir la kamu kerana dengan musafir kamu akan dapat byk manfaat, antaranya ilmu dan pengalaman...aku berharap kepada pembaca sekalian..korang semua pasang la target dan cita2 untuk merantau di negara org...sbb byk perkara kita dapat bila duk negara org..sedikit sebanyak kita tahu mcm aman adat diaorg..kita tgk mat salleh..diaorg ni slalu je melancong ke negara org..sbb apa? sebab mereka nk tahu cara hidup org di berbagai negara.. kalau ada duit simpanlah sikit buat niat nk buat berjalan.
| Pengalaman duk negara orang. dapat berkawan ngn pelajar dari berbagai negara |
Kesimpulannya..cari la ilmu sebanyak mungkin..di situ kamu semua pasti memperolehi pengalaman yg berguna. Gunalah masa muda kamu dengan perkara yg berfaedah. ada sorang ustaz yg ngajar aku subjek Nahu..nama dia Ustaz Syuib..dia pesan "korang ni semua masih muda..korang ni berada di kemuncak kehidupan seorang manusia..jadi gunalah masa yg diberi ni dengan mencari ilmu". Aku akan ingat kata2 ni sampi bila2.


No comments:
Post a Comment