Alhamdulillah...dah masuk hampir sebulan belajar kat Riyadh..skrg ni barulah aku rasa bahawa betapa pentingnya suasana belajar yang boleh dikatakan terbaik bagiku. Semua member sekelas dtg dari pelbagai benua..ada dari bangladesh, india, thailand, sirre lione(mcm ni kot ejanya) russia dan MALAYSIA. Belajar di Maahad Lughah ni seolah-olah belajar di sekolah menengah bg org arab, tapi bg aku level belajar kat Maahad Lughah jauh lebih baik semasa aku belajar kat UKM sebelum. kenapa? betul ke? Tak percayalah?.
| bergambar dihadapan pintu utama Jamiah Imam |
Percaya atau x itu terpulang pada pembaca. Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat anggap satu kerugian buatku sbb mgkin ada yg kata begini
"dah habis Degree pastu nk blaja balik Maahad, mcm patah balik..kalau ambik master lainla".
Erm..bg aku pendirian seseorang tu masing2..sebelum aku mai sini aku dah fikir masak2, berdoa mintak petunjuk dan sebagainya. jadi keputusan aku betul. lagipun ada beberapa pensyarah Jabatan Quran Sunnah setuju dengan aku supaya belajar kat sini. sehinggakan aku merasa macam nk ambik ijazah sekali lagi walaupun aku terpaksa korban masa hampir 6 thn setengah.
Apa-apa pun aku habiskan dulu balaja di Maahad. Selepas tu aku akan fikirkan semula samada nk teruskan atau x.


No comments:
Post a Comment