Salam...Alhamdulillah baru hari ini baru ada kesempatan untuk update blog..seperti yg diketahui aku diberikan peluang oleh Allah utk mengerjakan haji buat pertama kali pada tahun ini..Universiti Imam Muhammad Saud telah membuka pendaftaran haji utk pelajar baru sahaja 3 minggu sebelum haji. Dengan kata lain semua pelajar baru Jamiah Imam akan menunaikan haji secara free. bersyukur sgt pada Allah, kerana haji pertamaku ditaja sepenuhnya...aku akan ceritakan pengalaman buat haji buat pertama kali pada pembaca...jgn risau..
| sarapan pagi sebelum bertolak ke mekah |
Jamiah Imam juga ada membuat kursus haji secara percuma selama 3 hari. pada sayalah keseluruhan penyampaian faham tapi x sepenuhnya. Tapi kita sebagai org belajar jgn malu jgn segan..kalau x faham bertanya..jadi apa yg x faham berkenaan haji.aku ajukan pertanyaan pada mereka yg arif.. akhirnya pada 4 november 2011..kitorang bertolak ke Makkah dari Riyadh dengan bas. Waktu tu hati aku bercampur baur, gelisah, gembira dan bermacam-mcam lg. ketika itu ada 4 org Musyrif rakyat Saudi yg ikut skali sebagai guardline buat 100 lebih jemaah haji yg pertama kali mcm aku ni. semua yg pergi haji dibahagikan kepada 3 bas..aku naik bas no 2 dgn org Malaysia, dikatakan kitaorg akan menempuh perjalanan sejauh 800 kilometer lebih. dalam kepala mengatakan mungkin perjalanan mengambil masa selama 20 jam...suasana dalam bas mcm2 gaya dan gelagat..ada yg tidur..ada yg berborak..ada yg makan..aku palk mcm biasa...berborak dengan member aku saniy org malaysia..dengan mcm2 isu..sesekali menoleh keluar memerhati pemandangan negara Arab Saudi yg penuh dgn padang pasir kering dan x byk ada pokok besar..dalam hati berkata: aku lebih sesuai hidup di Malaysia..bila dah letih borak,, saniy pun dah membuta..aku plak mmg x leh tidur x tahu sbb apa. apa yg mmpu aku buat..memerhati apa yg ada sepanjang perjalanan kami.. masa tu la jiwa aku rasa hiba dan sedih.. kerana aku dipilih datang ke tanah Haram pada usia yg mgkin x masuk akal..mgkin org yg seusia aku pada ketika ini sibuk mencari kerja, sibuk dgn belajar sibuk dgn meniaga dan memulakan simpanan utk nk buat haji pada masa akan dtg. tapi aku dpt buat haji secara free..blaja free..tiket dtg sini pun free..Ya Allah aku rasa bertuah dengan ketentuanMu.
kitaorg sampai kat Qarn almanazil( tempat mabit bg ahli Najd) selepas mnempuh perjalanan hampir 18 jam.. kami diberi masa selama 3 jam utk mandi dan pakai ihram..Allah sajalah yg tahu perasaan aku tatkala melihat berduyun-duyun manusia yg mabit kat situ..bilik mandi disediakan tetapi penuh dgn org...buat pertama kali aku memakai ihram...semangat nk tunaikan haji makin berkobar-kobar.. mengikut pelajaran..bila dah pakai ihram start dr situ kena niat pastu talbiahsehingga kt melihat kaabah..
| buat pertama kali pakai ihram |
Bila bertalbiah ramai2 terasa mcm x lama dah nak sampai ke Masjidil Haram..kalau tgk dlm peta Qarn al- Manazil ngn makkah x jauh dah, lbh kurang 75 kilo. bertalbiah la..masa tu jam pkl 2 pagi...tiba-tiba dalam x sedar aku tertidor..mgkin letih sgt ditambah perjalanan jauh..sedar2 dh kul 5 pagi masa tu jalan jem yg teruk..Musyrif suruh kami solat subuh dalam bas sebab keadaan x mengizinkan utk kita behenti..dalam hati: Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami... Masa tu dah x dgr dh talbiah..dalam sangkaan ku mgkin masing2 baca slow kerana dah xde semangat nk baca kuat...termasuk aku..moral makin jatuh..sbb kalau ikutkan dari tmpt kitaorg mabit ke makah hanya mengambil masa 45 minit je..sesekali bas gerak tapi behenti lama...lps solat aku tido..mmg letih..moral makin down..sedar je balik tgk dah cerah, tp x smpi lagi...drebar bas aku ckp baki perjalanan 40 kilo je lagi..jalanraya menghala ke mekah ketika tu penuh sesak..bas kitaorg rasa mcm x bergerak pun..kami waktu tu kehabisan air...masing pelajar ada yg turun dr bas p cari air..mana tahu kot2 ada yg jual air tgh2 jem ni...rezeki dr Allah sentiasa ada..ada org arab ambil peluang ketika itu menjual air..berebut-berut org nk beli air termasuk aku..haus betul..byk dugaan yg dilalui..mmg pada ketika kena byk bersabar. mgkin bg mereka yg dah biasa buat haji dan lali dgn keadaan begini..tp bg kami yg baru cukup memeritkan..
SAMBUNG PADA PART 2..INSYALLAH


bestnya awk pergi hji...smoga mndapt hj mabrur.....
ReplyDelete